Friday 2 November 2012


Assalamualaikum w.b.t,


An explanation and thoughts about friendship between a guy and a girl;

http://www.youtube.com/watch?v=reWZkhlizPs&feature=related


IS IT OKAY FOR A GUY AND A GIRL TO BE 'JUST FRIENDS'?




Di bawah ini sedikit penjelasan tentang apa yang saya dapat dari video ini.


Boleh ke lelaki dan perempuan untuk jadi 'kawan biasa je'?

Antara benda2 yang biasa berlaku dlm perhubungan antara lelaki dan perempuan ialah :

1) berkawan biasa2 kononnya (hangout together, texting, bergurau senda)-->
sehinggalah tiba saat salah seorang akan benikah, akan menimbulkan ketidakselesaan kepada pasangan masing2, sbb pasangan sendiri masih berkawan (bercerita, meluahkan perasaan dan sebagainya), dgn org berlawanan jantina.

2)berkawan, tiba2 terfall-in-love pada kawan sendiri -->
situasi ini akan menyebabkan rasa kekok atau janggal antara satu sama lain, contohnya bila si lelaki tersuka kpd si girl ini, tp, si girl ini tidak suka padanya. maka, kedua-duanya akan heartbroken sbb si lelaki tadi seperti direject oleh perempuan yg disukainya, manakala si girl ini seperti telah hilang seorang kawan yang kamceng dengannya.

3)tidak mungkin bersama -->
ini berlaku bila si girl dan si lelaki ini saling suka antara satu sama lain, ttp disebabkan tiada jodoh (kerana jodoh itu memang sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t), mereka x dpt utk bersama. Oleh kerana itu, apabila salah seorang bernikah, dia akan masih teringatkan dan punya perasaan kpd kawan lamanya itu. Ini boleh membawa kepada perbuatan curang jika yg sudah bernikah ini masih terus berjumpa dgn orang (yg berstatus kawan tapi suka) yg dicintainya itu.

4)gembira selama-lamanya (0.01% berlaku) -->
secara realitinya, teramatlah jarang sekiranya ia terjadi. Jelas dalam Islam bahawa kita hanya merancang dengan cita-cita, tetapi Allah merancang dan menentukan dengan cinta kepada hambanya.

Justeru itu,
Bilakah status 'berurusan' dengan berlainan jantina itu dibenarkan dalam Islam?
secara basicnya, dibenarkan dalam 3 perkara, iaitu :

-urusan perkahwinan
-urusan berjual beli
-urusan untuk menimba ilmu

Namun begitu, Islam tidak menghalang untuk umatnya bergerak maju ke hadapan demi menegakkan syiar Islam. 
Ini adalah kerana, Allah menciptakan jantina berbeza itu untuk lelaki dan wanita saling lengkap-melengkapi.

" Dan setiap sesuatu Kami jadikan berpasang-pasangan agar kamu mengingat kebesaran ALLAH. " surah Adz-Dzariyat : 49

Sebagai contoh, jika terlibat dalam sesuatu persatuan atau program, mahupun apabila bekerja, Islam tidak melarang perhubungan antara lelaki dan wanita untuk berhubung, dengan syarat menjaga batas2 pergaulan yang digariskan dalam Islam.

Yang ingin saya tegaskan di sini ialah, perhubungan antara lelaki dan wanita yang saje2 atau suka2 itu adalah sama sekali tidak dibenarkan dalam Islam.
*untuk adab pergaulan antara lelaki dan perempuan, rujuk blog ini
Moga kita digolongkan dalam kalangan orang yang beramal soleh dan Moga kita terpelihara dari perbuatan yang menjerumuskan diri ke dalam kancah penzinaan. Na'uzubillah.
Wassalam.